Buah Letup Kelambu

Assalamualaikum semua,

Hari ni nak cerita sikit pasal khasiat buah letup kelambu. Mesti tak pernah dengarkan untuk yang duduk bandar. Ia adalah dari jenis pokok renek dan buahnya diselaputi penutup yang dipanggil kelambu. Buah letup-letup kelambu juga boleh dimakan dan pokoknya merupakan tumbuhan herba yang mengandungi pelbagai khasiat perubatan. Buahnya akan bertukar warna kuning apabila matang dan boleh dimakan.

Nama saintifiknya Physalis. Yang biasa tumbuh di Malaysia adalah dari kultivar Physalis Angulata, yang dijual di pasaraya besar tu (cape gooseberry) dari kultivar Physalis Peruviana. Banyak sangat khasiatnya dan rasa pun sedap. Kaya dengan flavonoid, vitamin A, B, C dan protein. Pokok boleh ditanam menggunakan biji benih. Jenis pokok renek perennial ketinggian antara 50cm ke 1m. Satu spesies dengan tomatillo.
Dah faham? Jika tak ini dia bentuk buah dan pokoknya.

Antara khasiat pokok letup-letup kelambu yang telah di kenal pasti:

Influenza dan Sakit Influenza Tenggorok/tekak.
Pokok letup-letup kelambu (semua bahagian) yang dah dipotong-potong ukuran 3-4 cm dijemur, dah kering dibungkus supaya tak lembab lagi. Kemudian ambil kira-kira sebanyak 9-15 g direbus, airnya diminum. Minum sebanyak 3 kali sehari, atau sesuai dengan keperluan. Boleh juga guna untuk ubat batuk (pertusis), bronchitis (radang saluran nafas), beguk (mumps), pembengkakan buah zakar (orchitis).
Kencing Manis (diabetes). 
Sama dengan cara di atas…tapi masa merebus, rebuslah dengan 2 gelas air, hingga tinggal 1 gelas. Selepas dah sejuk, tapis dan minum sekaligus waktu pagi. Hampasnya boleh direbus sekali lagi, diminum pada waktu petang.
Sakit paru-paru. 
Sama dgn cara pertama juga. Masa rebus, gunakan 3-5 gelas air. Setelah mendidih, sejukkan dan tapis, minum airnya 3 kali sehari.
Sawan.
Buah letup-letup kelambu ambil 8 – 10 biji dimakan setiap hari.
Selain untuk penyakit dalaman, pokok letup-letup kelambu juga boleh digunakan sebagai ubat sapu.
Bisul. 
Ambil daun pokok letup-letup kelambu sebanyak 1/2 genggam dicuci bersih lalu digiling halus. Sapukankan pada bisul, dan dibalut. Ganti 2 kali sehari.
Beguk. 
Ambil daun pokok letup-letup kelambu sebanyak 1/2 genggam dicuci n digiling halus. Tambahkan air kapur sirih secukupnya, lalu diturapkan ke beguk. Ganti 2 kali sehari.
Diharapkan suatu masa nanti pokok letup-letup kelambu ini akan ditanam secara komersial kerana mempunyai pelbagai khasiat perubatan.
p/s : Masa kecik dulu bila ikut mak menanam sayuran kat tepi kebun… Kalau terjumpa tumbuhan liar daunnya macam pokok cili, mak tak bagi cabut. Inilah pokoknya yang tumbuh….! 🙂
Dengar apa orang indonesia katakan mengenai tumbuhan ini.

 

Dan nak war-warkan bahawa di Korea harga tumbuhan amatlah mahal. Lihat di bawah.

Di Korea cecah harga hingga RM 3,000.00/100gm

Tak percaya? Tak per tunggu macamana saya nak cari market untuk produk ini ke pasaran dunia. Tidak mustahil.

Cuba anda klik di sini, Boleh Keluar Negara, teknik Warga Malaysia Di Mata Dunia! , kenapa saya kata begitu.

 

 

Gel Lutus ubat sakit lutut yang paling berkesan dan mujarab
Amazon Echo Spot Review Malaysia

Discussion

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.